Apa Itu Senggugut?

Kesihatan Wanita
Asian woman has Period pain, stomachache on bed

Senggugut ialah kesakitan pada bahagian bawah perut yang dialami oleh kebanyakan para wanita ketika haid. Ia merupakan antara penyebab utama para wanita sering berjumpa doktor terutamanya apabila sakit senggugut itu mengganggu aktiviti seharian. Antara simptom lain yang sering dialami bersama sakit senggugut ialah sakit kepala, hilang selera makan, mual, muntah, cirit birit, kembung perut, kurang daya fokus serta gangguan emosi.

Sakit senggugut yang tidak serius dan tidak mengganggu aktiviti harian kemungkinan adalah normal dan merupakan proses semulajadi kitaran haid. Namun sekiranya ia menjadi tidak terkawal dan mengganggu aktiviti seharian, sakit senggugut tersebut boleh menjadi petanda bahawa kesihatan rahim anda tidak berada pada tahap yang baik.

Apakah yang boleh dilakukan untuk mengurangkan sakit senggugut?

  • Merehatkan diri / baring di atas katil
  • Banyakkan minum air suam
  • Meletakkan ‘heat patch’ / botol air panas pada bahagian perut 
  • Segera berhenti merokok
  • Senaman ringan seperti ‘brisk walk’ untuk melancarkan kitaran darah haid

Namun sekiranya anda mengalami kesakitan yang teruk, anda perlu segera mendapatkan nasihat doktor untuk rawatan lanjut. Mengambil pil senggugut atau ubat tradisional sewenang wenangnya tanpa pemantauan doktor berisiko memburukkan lagi keadaan kesihatan anda untuk jangka masa pendek dan panjang. 

Apabila anda berjumpa dengan doktor, doktor akan mengenalpasti punca senggugut anda dan hanya memberikan ubat yang selamat dan bersesuaian dengan tahap kesakitan anda. Para wanita harus sedar bahawa rahim merupakan mahkota seorang wanita yang amat berharga dan harus sentiasa berusaha menjaga kesihatannya.

Sumber:

  1. https://www.ncbi.nlm.nih.gov/pmc/articles/PMC2888348/
  2. https://teachmeobgyn.com/gynaecology/menstrual/primary-dysmenorrhoea/
  3. https://www.ncbi.nlm.nih.gov/pmc/articles/PMC4535108/
Share This :

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Konsultansi Online

Anda mempunyai persoalan tentang kesihatan wanita? Dapatkan konsultansi secara online bersama doktor kami.

Scroll to Top