Apa Wanita Mengandung Wajib Tahu Tentang Kandungan Luar Rahim

Kesihatan Wanita
Female uterus, training layout in the hands of a doctor during training.

Kandungan luar rahim merupakan kondisi kecemasan yang berlaku apabila janin tertanam di luar rahim seperti ovari, tiub Fallopian, serviks atau ruang abdomen. Keadaan ini adalah tidak normal dan boleh membahayakan kesihatan seorang wanita sekaligus berisiko membawa maut sekiranya komplikasi serius berlaku. Ia boleh berlaku kepada mana mana wanita yang subur dan aktif melakukan hubungan kelamin.

Wanita berisiko mengalami kandungan luar rahim:

  1. Pernah mengalami kondisi kandungan luar rahim sebelumnya
  2. Penyakit Radang Pelvis / Pelvic Inflammatory Disease (PID)
  3. Endometriosis (ketumbuhan tisu rahim tidak normal)
  4. Memakai alat perancang kehamilan di dalam rahim (IUD / IUS)
  5. Rawatan kesuburan seperti IVF 
  6. Pernah menjalani pembedahan pada bahagian abdomen / pelvis / pensterilan tiub fallopian (tiub Fallopian diikat untuk kaedah perancang)

Sebaik sahaja seorang wanita mendapati dia mengandung, seharusnya dia segera mendapatkan nasihat doktor bertauliah untuk memastikan kandungannya normal dan berada di dalam rahim. Kebiasaannya doktor akan membuat pemeriksaan klinikal dan melakukan ultrasound pada bahagian perut bagi memastikan kedudukan janin di peringkat awal kehamilan.

Antara tanda kandungan luar rahim ialah:

  1. Sakit di bahagian bawah perut
  2. Keluar darah berwarna merah atau coklat dari faraj
  3. Keletihan / pucat
  4. Loya dan muntah muntah yang teruk / tidak terkawal 
  5. Sakit di bahagian hujung bahu (referred pain) sekiranya pendarahan dalaman berlaku akibat komplikasi serius

Walaubagaimanapun terdapat juga pesakit yang tidak mengalami sebarang tanda atau gejala oleh itu para wanita dinasihatkan untuk segera membuat pemeriksaan sekiranya anda disahkan hamil atau lewat datang bulan.

Sumber:

  1. Ectopic Pregnancy – Rupture – Symptoms – Management. (n.d.). TeachMeObGyn. https://teachmeobgyn.com/pregnancy/early/ectopic-pregnancy/
  2. Dottie. (2011, September 22). Kehamilan Ektopik. PORTAL MyHEALTH. http://www.myhealth.gov.my/kehamilan-ektopik/
Share This :

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Konsultansi Online

Anda mempunyai persoalan tentang kesihatan wanita? Dapatkan konsultansi secara online bersama doktor kami.

Scroll to Top